Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Apa itu Ned rig?

    Oleh Raz AS

    Ned rig meskipun jarang kedengaran atau digunakan pemancing di negara ini mahupun di rantau kita, ia merupakan salah satu teknik yang sangat popular dalam kalangan pemancing-pemancing di barat, terutama bagi pemancing-pemancing ikan bass di Amerika Syarikat (AS).

    Pada awalnya mula-mula muncul kira-kira 40 tahun yang lalu dengan dikenali sebagai Midwest finesse rig, ia dipopularkan kembali oleh seorang pemancing dan penulis AS, Ned Kehde, sehinggakan pada masa ini ia lebih dikenali sebagai Ned rig bersempena dengan namanya.

    Ned rig merupakan salah satu teknik pancingan finesse, atau teknik pancingan ‘halus’, yang bermakna persembahannya lebih perlahan dan halus untuk meniru pergerakan semula jadi umpan dan memikat ikan untuk memakannya kerana lapar, bukan bertujuan memacu reaksi ikan seperti kebanyakan teknik-teknik lain yang lebih agresif atau dikategorikan sebagai power fishing.

    Teknik yang banyak digunakan untuk menduga padang-padang pancing yang menerima banyak tekanan daripada aktiviti memancing, di mana ikan-ikannya lebih bersifat berhati-hati dan memilih, ini memerlukan penggunaan kepala jig ringan yang berbentuk seperti cendawan, digandingkan bersama softplastic bersaiz kecil daripada jenis cacing, krustasea atau creature bait, meski ia tidak terhad kepada itu sahaja.

    Bentuk kepala jignya yang unik akan membuatkan lure jatuh ke dasar dan berdiri tegak, berbanding kepala jig lainnya. Kedudukan posisinya ini disertai dengan pergerakan ‘loncatan’ kecil dibuat dengan menjentikkan hujung joran dengan lembut beberapa kali, disertai dengan pause seketika, seakan-akan meniru ikan atau krustasea yang sedang leka mencari makan di dasar.

    Pergerakan perlahan dan natural ini sangat sesuai digunakan ketika keadaan ikan kurang aktif atau ragu-ragu mengejar mangsanya. Meskipun begitu ia juga boleh digayakan dengan persembahan lebih cepat seperti menggunakan kepala jig biasa, namun kekuatan Ned rig terserlah pada persembahan perlahan yang tidak dapat ditiru dengan menggunakan kepala jig lain.

    Walaupun pada asalnya dicipta untuk pancingan air tawar, khususnya untuk memancing spesies ikan bass, akan tetapi Ned rig kini turut mendapat tempat dalam kalangan pemancing estuari, seperti di Australia kerana terbukti efektif dapat memikat spesies-spesies estuari seperti pahat-pahat, languran, bream dan sebagainya.

    Ned rig tidak terhad digunakan bersama softplastic jenis cacing, krustasea dan creature bait sahaja. – Agensi
    Ned rig juga terbukti berkesan digunakan bagi spesies estuari. – Agensi
    Bentuk kepala jignya yang unik seakan bentuk cendawan membuatkan lure jatuh ke dasar dan berdiri tegak. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...