Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apa itu ‘Okinawa Diet’?

    PEMAKANAN yang sihat dan terkawal merupakan antara rahsia kesihatan yang patut kita amalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali dalam kalangan orang Jepun dimana mereka amat menitikberatkan soal pemakanan seharian. Kalau anda pernah dengar mengenai ‘Okinawa Diet,’ ini adalah ‘rahsia’ orang Jepun mempunyai tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 80 tahu ke atas!

    Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling lama di dunia. Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah lima kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

    Apa yang mereka makan dalam diet Okinawa ini?

    – Melebihkan makanan kaya dengan sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.

    – Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.

    Kalau anda pernah mendengar ‘Okinawa Diet,’ ini adalah ‘rahsia’ orang Jepun mempunyai tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 80 tahun ke atas! Di dalamnya mereka akan melebihkan makanan kaya dengan sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau, manakala nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu. – Agensi

    – Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.

    – Memperbanyakkan pengambilan soya dan kekacang.

    – Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum. Penduduk Okinawa mengambil kurang 30 peratus gula dan kurang 15 peratus gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.

    ‘Hara Hachi Bu’ – Berhenti sebelum kenyang

    Di samping diet tersebut, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal.

    Peribahasa ‘Hara Hachi Bu’ membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80 peratus penuh.

    Tahukah anda, mereka secara purata mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari!

    Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi.

    Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.

    Kalau anda nak tahu lagi, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir juga mengamalkan cara ‘Hara Hachi Bu’, di mana beliau berhenti makan sebelum kenyang. Walaupun agak susah tetapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda