Apa yang terjadi kepada Pawagam Hassanal Bolkiah?

Saya ingin mengutarakan keprihatinan saya terhadap Pawagam Hassanal Bolkiah (Panggung Hassanal Bolkiah) yang terletak di Bandar Seri Begawan (BSB).

Bangunan tersebut disenaraikan sebagai salah satu bangunan bersejarah akan tetapi telah lama ditinggalkan oleh pemilik atau pihak berkuasa (dalam kes ini, Jabatan Bandaran, BSB).

Mengapa pawagam tersebut ditinggalkan? Bangunan tersebut boleh mencemarkan lagi pemandangan malah melakar imej yang tidak baik khususnya di kawasan bandar.

Berkemungkinan pihak berkuasa boleh mengubahnya menjadi sesuatu yang berguna? Katakanlah sebagai contoh, sebuah tempat untuk persembahan budaya atau teater untuk tarikan pelancong? Saya berharap pihak berkuasa akan mengkaji perkara ini kerana Brunei Darussalam akan menganjurkan Forum Pelancongan ASEAN 2020 pada tahun hadapan. – Rasa Nostalgia