PERNAH alami situasi terkejut semasa hendak tidur. Selalu juga terfikir kenapa? Mengikut fakta sains, ia ada kena mengena dengan kesihatan dan fungsi otak manusia. Di sini dijelaskan apakah punca sebenar fenomena yang dipanggil ‘Hypnic Jerks’ ini:
1.Merasa seolah terjatuh dari tempat tinggi atau ditarik
Secara dasarnya, mereka yang mengalami situasi ini sering merasa seolah terjatuh dari bangunan atau tempat yang tinggi sebelum terkejut dan terjaga dari lena. Menurut kajian perubatan, sekitar 70 peratus manusia di dunia ini pernah merasai sensasi ‘Hypnic Jerks’ dan ia adalah normal. Selain merasa seolah terjatuh, si penghidap juga kadang-kala mendapat bayangan seolah disuluh cahaya serta terdengar suara (bunyi-bunyian), membuatkan ia secara tidak langsung sebenarnya berkait rapat dengan tanda awal masalah kesihatan.
2.Kafein dan tertekan undang masalah ‘Hypnic Jerks’
Antara faktor yang menjadi punca utama kepada sentakan sewaktu tidur adalah kerana pengambilan kafein dan alkohol, melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan sebelum tidur menyebabkan tubuh terlalu penat, jiwa tertekan, emosi dan tempat tidur yang tidak selesa juga boleh menyebabkan ‘Hypnic Jerks’ berlaku.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan juga mengundang permasalahan ini. Meskipun ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan, namun andai ia menggangu tidur anda secara serius, sebaiknya berjumpa dengan yang pakar untuk mencari jalan penyelesaian. – Agensi
