Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    APEC percepat penggunaan kenderaan berteknologi baharu

    BANGKOK, 16 MEI – Anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) sedang mempergiat penyelarasan untuk membangunkan langkah yang menggalakkan penggunaan kende-raan berteknologi baharu dalam usaha memenuhi komitmen iklim dan merealisasikan Visi Putrajaya 2040.

    Ketika berucap pada Dialog Automotif APEC bagi edisi ke-35, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Ekonomi Perindustrian Thailand, Krit Chansuwan berkata seiring dengan model ekonomi bio-kitaran-hijau (BCG) sebagai sebahagian daripada keutamaan APEC 2022, industri automotif rantau ini perlu memanfaatkan momentum itu.

    Beliau berkata di samping itu industri ini juga perlu bergerak maju dengan komitmen pelepasan sifar bersih dan rendah untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan menangani kebimbangan alam sekitar global.

    “Walaupun kenderaan elektrik telah menjadi penyelesaian yang dipercayai industri automotif untuk mencapai masa depan sifar bersih atau rendah karbon, kita perlu ingat setiap ekonomi APEC adalah unik, justeru, kita memerlukan pelbagai pendekatan untuk mencapai komitmen iklim kita. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...