APEC sambut baik pelan keselamatan makanan 2020

KUALA LUMPUR, 7 FEB – Negara-negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyambut baik cadangan Malaysia mengenai Kajian Semula Pelan Tindakan Keselamatan Makanan APEC Ke Arah 2020, menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) hari ini.

Katanya, dokumen yang dikaji semula itu akan diedarkan dalam Kerjasama Dasar mengenai Keselamatan Makanan (PPFS) dan kumpulan kerja lain untuk pandangan dan pengesahan.

Katanya negara-negara anggota turut menyatakan hasrat untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan aktif daripada sektor swasta dalam PPFS.

“Negara-negara berkongsi pengalaman dan mengemukakan inisiatif yang sedang dijalankan dan projek-projek berkaitan pemudahan perdagangan, pertanian pintar, penyertaan wanita, perubahan iklim, kehilangan makanan dan sisa makanan, seper-ti dinyatakan dalam pelan kerja masing-masing.” – Bernama