Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aplikasi AL benteng cegah jenayah siber di India

    SEBUAH bilik sekuriti kuasa di India dalam keadaan gelap dan dipenuhi dengan pelbagai gajet dan juga komputer malah kelihatan beberapa jurutera komputer sedang sibuk melakukan beberapa pekerjaan yang semakin meninggi terutama dalam menyelidiki data kebolehan komputer yang digunakan di negara itu.

    “Kami telah menggunakan ‘Artificial Intelligence (AL) untuk melihat dan memeriksa lakaran masa lalu untuk meramalkan kejadian situasi di masa depan.

    “Peperangan siber bukanlah satu pergerakan filem dan ia berlaku ketika ini, malah kami telah kehilangan revolusi dalam perindustrian dan revolusi dalam pertahanan namun kami tidak akan kalah dalam revolusi siber,” kata Tarun Wig, pengasas Innefu kepada wartawan AFP. Innefu telah bekerjasama dengan kerajaan India dalam menentang jenayah Siber di negara itu.

    Walaupun beberapa buah negara yang lain telah bergantung kepada AL namun India masih lagi berpusat kepada kertas kerja yang telah termaktub dan terus menggunakan beberapa pihak agensi untuk mengawal dan mengawasi keluar masuk data untuk beberapa tahun. Proses itu dianggap satu pekerjaan yang sangat teruk dan pihak agensi tersebut boleh terlepas pandang beberapa informasi yang penting.

    India telah berdepan dengan tiga konflik peperangan dengan jiran mereka semenjak kemerdekaan dan telah menyasarkan beberapa serangan di kawasan sempadan seperti pada tahun 2008 di mana pihak Pakistan telah membunuh sekurang-kurangnya 160 penduduk di Mumbai.

    Innefu telah memulakan operasi mereka di tingkat lapan di sebuah bangunan komersial kompleks di Delhi dan dipenuhi dengan pekerja akauntan dan juruteknik. – AFP
    Innefu telah memulakan operasi mereka di tingkat lapan di sebuah bangunan komersial kompleks di Delhi dan dipenuhi dengan pekerja akauntan dan juruteknik. – AFP

    Sekarang, ancaman daripada siber telah semakin meningkat dan situasi itu dengan mudah akan terus merebak dan terdedah kepada beberapa cetusan konflik.

    Dianggarkan sekitar 22,000 data yang berhubung kait dengan kapal salam yang dimiliki oleh pihak Perancis untuk diserahkan kepada pihak kerajaan India telah terdedah dan dibocorkan kepada pihak media pada tahun lepas. Aplikasi sosial, Twitter milik Ketua pembangkang, Rahul Gandhi telah dilaporkan di ‘Hacked’ pada bulan November tahun lalu manakala, laman web Sekuriti Elit Kebangsaan India turut menerima nasib yang sama apabila laman web itu menghantar mesej yang tidak baik kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi pada bulan lepas.

    “Idea kami bermula dengan menyenaraikan apa yang dibangkitkan untuk jenayah peperangan siber, oleh itu kami ingin bersedia dengan senjata siber kami sendiri,” kata Wig dalam satu laman software yang dikembangkan untuk keperluan kerajaan India.

    Sesungut kurita

    Organisasi Innefu telah menerima keuntungan yang banyak setelah melakukan hubungan perniagaan yang besar bersama dengan pihak kerajaan India setelah organisasi itu berjaya menyelesaikan masalah berduri yang dikemukakan oleh pihak kerajaan terhadap situasi dan konflik yang berlaku di sempadan negara itu. Organisasi itu telah menyerahkan dua cekera padat yang dipenuhi dengan 1,500 data dokumen termasuk coretan media sosial yang dikemukakan untuk rancangan melakukan protes.

    Innefu telah melatih beberapa buah mesin untuk membaca beberapa agensi dalam pelbagai bahasa termasuk singkatan bahasa dan selepas itu bermula untuk menggunakan beberapa petikan terhadap informasi tersebut dan mentafsir apa yang telah berlaku dan siapa kah dalang serta bagaimana mereka berinteraksi sesama mereka.

    Salah satu organisasi baru di India telah menawarkan satu aplikasi baru di kenali sebagai Prophecy dan di cipta di bawah Palantir Teknologi iaitu sebuah pertubuhan persendirian dalam sekuriti yang diasaskan oleh Peter Thiel dan sering berhubung erat bersama dengan CIA dan FBI.

    Organisasi Innefu telah menerima keuntungan yang banyak setelah melakukan hubungan perniagaan yang besar bersama dengan pihak kerajaan India. – AFP
    Organisasi Innefu telah menerima keuntungan yang banyak setelah melakukan hubungan perniagaan yang besar bersama dengan pihak kerajaan India. – AFP
    Dianggarkan sekitar 22,000 data yang berhubung kait dengan kapal salam yang dimiliki oleh pihak Perancis untuk diserahkan kepada pihak kerajaan India telah terdedah dan dibocorkan kepada pihak media pada tahun lepas. – AFP
    Dianggarkan sekitar 22,000 data yang berhubung kait dengan kapal salam yang dimiliki oleh pihak Perancis untuk diserahkan kepada pihak kerajaan India telah terdedah dan dibocorkan kepada pihak media pada tahun lepas. – AFP

    “Prophecy dianggap seperti sesunggut kurita yang berupaya melakukan pelbagai kerja dalam satu masa dan berupaya mengumpulkan data daripada pelbagai tempat,” kata timbalan Innefu, Abhishek Sharma kepada wartawan AFP. Benua Asia telah lama menggunakan AL namun di India, AL masih lagi baru dan memerlukan masa untuk diperkembangkan.

    Sekurang-kurangnya 75 peratus maklum balas daripada satu kaji selidik yang diselenggarakan oleh EY India mengatakan bahawa Cybersecurity telah mengatur kedudukan organisasi mereka dan sebenarnya tidak menepati keperluan mereka malah situasi itu telah meletakkan harapan yang tinggi kepada syarikat Innefu untuk mengawal sekuriti di udara India.

    Walaupun Innefu hanya sebuah syarikat dari India yang menekankan kepada aspek sekuriti kebangsaan namun beberapa buah syarikat yang lain seperti Arya.ai dan Haptik turut bekerjasama dalam pasaran yang menguntungkan di negara itu.

    Pihak bank turut mula menggunakan AL untuk menyasarkan beberapa produk kepada pelanggan mereka dan kakitangan kesihatan seperti doktor turut menggunakan aplikasi AL ini untuk mengalami pengalaman sejarah para pesakit dalam aturan untuk mengemas kini jenis rawatan yang diperlukan. Malah pihak tentera di negara itu turut mengaplikasikan sistem itu untuk menentang segala isu ancaman daripada pihak-pihak yang tidak diketahui.

    AL yang ketinggalan

    “Ia adalah sangat mahal dan masyarakat kita tidak serasi untuk menggunakan keputusan yang automatik namun kami masih lagi berupaya untuk menggunakan secara manual dan keputusan daripada manusia dan kami sebenarnya jauh ketinggalan dibandingkan dengan pihak China dan Korea Selatan serta Amerika Syarikat,” kata Subimal Bhattacharjee, pakar Cybersecurity kepada media mengenai dengan aplikasi AL yang digunakan ketika ini.

    Innefu telah memulakan operasi mereka di tingkat lapan di sebuah bangunan komersial kompleks di Delhi dan dipenuhi dengan pekerja akauntan dan juruteknik. Ruang pekerjaan mereka dalam keadaan gelap dan tingkap-tingkap di tutup dengan pelekat hitam. “Kami tidak percaya terhadap sensitiviti satu data dengan beberapa buah organisasi dari luar negara,” tambah Wig lagi mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda