Aplikasi kesan virus dilancar

LONDON, 10 SEPT – Scotland hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar bagi mengesan kes-kes koronavirus menggunakan teknologi dibangunkan oleh Apple dan Google, ketika England masih lagi bergelut untuk menghasilkan versinya sendiri.

Aplikasi ‘Protect Scotland’ dibangunkan oleh Perkhidmatan Kesihatan kebangsaan (NHS), UK, itu mengadaptasi pendekatan kuasa pusat yang ditawarkan oleh syarikat gergasi teknologi AS untuk membasmi penularan COVID-19.

Pengguna aplikasi akan dimaklumkan jika mereka berada dekat dengan pengguna lain yang diuji positif virus dan membantu mengesan kontak lain ‘sambil menyimpan rapi maklumat peribadi tanpa memberi nama’, menurut pentadbiran setempat Scotland. – AFP