Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aplikasi Messenger diperbaiki

    SAN FRANCISCO, 24 Okt – Facebook semalam mengumumkan pembaikpulihan aplikasi telefon pintar Messenger dalam usaha untuk memudahkan perkhidmatan yang menarik 1.3 bilion pengguna global bulanannya.

    Rangkaian sosial mula melancarkan versi yang direka bentuk dengan tiga tab dan bukan sembilan, mengatakan ia ‘kembali ke akar umbinya’, tujuh tahun selepas pelancaran aplikasi itu.

    “Kami membina satu ciri demi satu, ia telah menumpuk,” kata ketua Messenger, Stan Chudnovsky mengenai perkhidmatan itu yang telah berkembang daripada aplikasi pesanan ringkas kepada penggunaan bagi panggilan video, pengiriman wang dan banyak lagi.

    Tab yang diperbaharui itu membolehkan pengguna menavigasi antara perbualan mereka di bawah ‘Chat’, cerita dan kenalan di bawah ‘People’ dan ‘Discovery’, yang ditumpukan kepada permainan dan pertukaran dengan perniagaan.

    Facebook telah meletakkan Messenger sebagai alat untuk perniagaan bagi menangani masalah atau kebimbangan pelanggan.

    Bercakap kepada pelanggan melalui aplikasi adalah percuma, tetapi perniaga juga boleh membayar iklan Facebook yang membolehkan pelanggan memulakan perbualan atau melawat halaman mereka dengan satu klik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda