Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aplikasi Meta alami gangguan global 

    SAN FRANCISCO, 12 DIS – Facebook, Instagram, Messenger, WhatsApp dan Threads mengalami masalah pada Rabu akibat gangguan global yang menjejaskan aplikasi Meta, lapor Xinhua. 

    Meta dalam satu hantaran di platform X memaklumkan tentang ‘isu teknikal’ yang sedang dihadapi.

    “Kami sedar bahawa masalah teknikal memberi kesan kepada keupayaan sesetengah pengguna untuk mengakses aplikasi kami. Kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin dan memohon maaf atas sebarang kesulitan,” menurut kenyataan syarikat itu pada 10:48 pagi waktu Pasifik. 

    Instagram turut memuat naik mesej serupa di platform X.

    WhatsApp pula mengesahkan gangguan yang dialami tetapi memaklumkan ia sedang menyelesaikan isu berkenaan, manakala perkhidmatan mula kembali normal setakat 10:49 pagi Waktu Pasifik. 

    Menurut laman sesawang pemantau gangguan Downdetector, gangguan bermula sekitar 10 pagi Rabu.

    Laporan gangguan mencapai kemuncaknya pada 10 pagi Waktu Pasifik dengan lebih 97,000 aduan, manakala Instagram mencatat lebih 67,000 laporan. Punca gangguan masih belum diketahui. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda