Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Aplikasi mudah alih NBT Connect diperkenal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan Toyota dan Lexus dengan pengalaman baharu, NBT kini menyediakan kemudahan servis kereta yang lebih mudah menerusi aplikasi mudah alihnya, NBT Connect.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan NBT, hari ini, para pelanggan yang ingin mendapatkan aplikasi berkenaan perlu memuat turun NBT Connect dari App Store atau Google Playstore dengan membuat pendaftaran akaun disertai dengan keterangan kenderaan mereka bagi mendapatkan tempahan janji temu untuk perkhidmatan tertentu.

    Lebih menarik lagi, para pelanggan tidak perlu lagi datang ke Pusat Servis NBT mahupun membuat panggilan bagi tempahan janji temu. Kini, mereka boleh menguruskan semua keperluan servis dari awal hingga akhir hanya dengan menggunakan aplikasi NBT Connect. Selain itu, ia juga menjimatkan masa dan menyediakan pelanggan dengan maklumat terkini.

    Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin berkata, ”Dengan memperkenalkan NBT Connect, kami berharap dapat meningkatkan lagi pengalaman pemilikan Toyota dan Lexus bagi para pelanggan melalui inovasi dan pendigitalan berterusan.

    “Secara ringkasnya, NBT Connect akan memaklumkan pelanggan kami melalui pemberitahuan real-time mengenai status kenderaan mereka sama ada yang sedang diservis atau dibaiki. Kami akan terus menggunakan teknologi yang ada untuk menyenangkan dan memuaskan hati pelanggan kami. Muat turun aplikasi hari ini. Kami pasti awda akan berpuas hati dengan apa yang ia boleh lakukan untuk awda,” ujarnya lanjut.

    Aplikasi mudah alih NBT Connect yang diperkenalkan oleh NBT baru-baru ini. – Gambar serahan NBT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...