Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Aplikasi PenggunaBijak dinaik taraf

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Aplikasi mudah alih, PenggunaBijak telah dinaikkan taraf untuk menawarkan lebih banyak maklumat pengguna dan fungsi interaktif yang dihasratkan dapat menjadi alat digital maklumat pengguna yang digunakan secara harian.

    Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan bahawa penaikan taraf aplikasi berkenaan menawarkan lebih banyak maklumat pengguna di hujung jari secara interaktif melalui fungsi seperti cari, cadang, susun dan tapis (search, suggest, sort and filter) mengikut pilihan pengguna, penggunaan dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pengemaskinian wajah baharu yang lebih baik serta penyusunan maklumat yang lebih teratur.

    Dengan moto, ‘Maklumat Memperkasa Pengguna’, penaiktarafan itu bermatlamat bagi memanfaatkan penggunaan platform digital dengan menambah baik aplikasi berkenaan melalui meningkatkan pengalaman pengguna (user experience) dan keterlihatan (visibility) maklumat pengguna dalam usaha bagi memperkasa dan memupuk budaya pengguna bijak dalam kalangan orang ramai.

    Aplikasi itu menyediakan maklumat-maklumat seperti amalan perniagaan yang tidak wajar di bawah skop Perintah Pelindungan Pengguna (Perdagangan Wajar), 2011, harga maksimum bagi barangan yang tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga dan harga mingguan bagi barangan makanan asasi utama tertentu yang dipantau harga.

    Selain daripada perkongsian maklumat-maklumat kepenggunaan, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada ciri-ciri utama lain seperti 1-2-Compare yang boleh membantu pengguna untuk membuat perbandingan harga bagi lebih 180 barangan isi rumah yang dikongsi secara sukarela oleh peruncit.

    Manakala itu, Tip Pengguna Bijak membantu pengguna untuk mengetahui tip bagi memperkasa diri menjadi pengguna bijak melalui artikel, poster, garis panduan, video dan rujukan tambahan yang dapat diperoleh dalam aplikasi berkenaan.

    Di samping itu, pengguna juga mempunyai akses kepada berita dan sorotan terkini serta platform untuk membuat aduan rasmi dengan lebih mudah dan cepat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...