Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aplikasi ‘Sarahah’ semakin popular di Internet

    RIYADH – Kelihatan penuh semangat dan gembira, seorang pengaturcara dari Arab Saudi, Zainalabdin Tawfiq, mungkin disalah anggap sebagai seorang mahasiswa baru, namun popularitinya menerusi aplikasinya ‘Sarahah’ telah samakin bersinar dan mendapat perhatian suasana teknologi kerajaan di sana yang konservatif.

    Tawfiq semakin mendapat nama apabila dia meluangkan masa daripada tugasnya sebagai seorang penganalisis perniagaan pada tahun lepas untuk membangunkan alat penghantaran mesej yang dipanggil ‘Sarahah’ – iaitu kejujuran dalam bahasa Arabnya – yang kemudiannya berada di puncak carta dalam muat turun aplikasi.

    Pada awalnya ia dihasilkan sebagai alat untuk mendapatkan maklum balas dari tempat-tempat kerja secara terang-terangan, Sarahah telah menemui jalan pintasnya di kalangan pengguna milenium menerusi telefon pintar di seluruh dunia, walaupun para pengkritik telah menyuarakan mengenai masalah ‘trolling’ dan privasi.

    “Sarahah adalah hampir sama dengan kotak cadangan stail lama,” kata Tawfiq, 29, memberitahu AFP, sambil menambah bahawa ia dibina di premis tersebut dengan melucutkan identiti pengguna yang mana akan memberi komen-komen jujur yang sangat pedas.

    “Maklum balas adalah matlamat kami – maklum balas tanpa nama.”

    Sarahah telah mencapai 85 juta pengguna berdaftar, dan memuncak di carta aplikasi App Store di beberapa negara, di hadapan aplikasi terkenal iaitu Snapchat dan Instagram. – AFP
    Sarahah adalah hampir sama dengan kotak cadangan stail lama buat penggunanya. – AFP

    Aplikasi ini mempunyai reka bentuk yang jimat dan mudah dalam menggalakkan pengguna untuk “memberikan mesej yang membina”, di mana penerima mesej tersebut tidak dibenarkan untuk membalasnya, namun mereka dapat mengongsikannya di media sosial atau menyekat pengirim tersebut.

    Rayuan mega untuk mencipta aplikasi tersebut berpunca dari suasana atau selera di dunia Arab – terkenal dengan penapisannya di dalam talian – yang kebanyakkannya tidak digunakan untuk meluahkan ekspresi, walaupun Tawfiq berkata ia juga mendapat populariti yang kuat di negara-negara Barat.

    Aplikasi ini telah memecahkan halangan sosial dalam memberi ucapan bebas yang mana pengguna menyifatkannya sebagai “tekan, beri komen atau tinggalkannya”.

    Sarahah telah mencapai 85 juta pengguna berdaftar, dan memuncak di carta aplikasi App Store di beberapa negara, dihadapan aplikasi terkenal iaitu Snapchat dan Instagram.

    Aplikasi daripada Arab Saudi ini boleh mendapatkan kejayaan dan bersinar di sebalik potensinya yang tersembunyi ini dalam inovasi teknologi dan keusahawanannya bagi meningkatkan transformasi ekonomi negara yang ultra-konservatif itu.

    “Kisah kejayaan Sarahah benar-benar membuktikan bahawa syarikat permulaan daripada Arab Saudi ini boleh mencapai kejayaan yang luar biasa apabila ia disokong dengan cara yang betul,” kata Nawaf Alsahhaf, CEO Badir, sebuah inkubator teknologi yang disokong kerajaan yang telah membantu Tawfiq.

    “Potensi daripada syarikat permulaan Arab Saudi ini sememangnya tidak dapat dinafikan yang mana kami sedang mengusahakannya,” katanya kepada AFP.

    Arab Saudi sedang mempromosikan perusahaan swasta sebagai sebahagian daripada program pembaharuan yang bercita-cita tinggi itu dan cuba untuk mengalihkan kebergantungan kerajaan terhadap pendapatan minyaknya.

    Zainalabdin Tawfiq, pemaju aplikasi ‘Sarahah’. – AFP
    Zainalabdin Tawfiq semasa ditemubual oleh AFP di pejabatnya di ibu kota Riyadh. – AFP

    “Kejatuhan minyak memang ketara dan peningkatan sektor keusahawanan semestinya saling berkaitan,” tegas firma modal teroka berpangkalan di Beirut, Leap Ventures, menerusi laman webnya tahun lepas, dan telah mencatatkan pertumbuhan baharu dalam inovasi teknologi di rantau itu.

    Satu generasi bagi syarikat-syarikat baru Arab Saudi – dari aplikasi bantuan jalanan yang dipanggil ‘Morni’ sehinggalah ‘Hunger Station’ iaitu sebuah portal pesanan makanan – baru-baru ini telah menarik perhatian perusahaan kapitalis.

    Tawfiq berkata dia sedang berunding dengan perusahaan kapitalis dari Amerika Syarikat, China dan negara Arab, tanpa mendedahkan butiran, sebagai tindak balas kepada pengkritik yang mempersoalkan sama ada aplikasinya boleh diperolehi atau digunakan dengan berkesan.

    Dalam sesetengah masyarakat Arab, kaum lelakinya telah menggunakan Sarahah bagi pengakuan cinta rahsia mereka, dan ia juga telah digunakan oleh syarikat-syarikat penghantaran untuk mendapatkan maklum balas yang membina.

    Sarahah juga menghadapi tekanan kerana dijadikan sebagai magnet ‘troll’ – namun Tawfiq mengatakan bahawa masalah itu adalah hanya perkara biasa bagi semua platform media sosial utama.

    Ia juga baru-baru ini telah dituduh kerana dipercayai mendedahkan alamat pengguna secara rahsia.

    Tawfiq menolak tudahan tersebut dan mengatakan bahawa dia merancang untuk membuang ciri-ciri muat naik alamat dalam Sarahah bagi kemas kini seterusnya.

    Dia kini sedang menjalankan kerjasama erat bersama dengan rakan-rakan perniagaan lain dan juga tiga eksekutif sokongan pelanggan, tetapi pada yang sama sedang menimbang untuk meninggalkan pekerjaannya itu untuk memberi tumpuan khusus kepada Sarahah secara sepenuh masa.

    “Saya percaya bahawa kes penyalahgunaan sebenarnya terlalu banyak,” kata Tawfiq. “Saya tidak akan memberitahu anda bagaimana, tetapi matlamat saya adalah untuk membuatkan kerja-kerja penyalahgunaan ini semakin sukar dibolosi.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda