Aplikasi TransportBN tidak dapat diakses buat sementara

Oleh Sim Y.H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan bahawa perkhidmatan membaharui lesen kenderaan dan lesen memandu menerusi aplikasi TransportBN tidak dapat diakses disebabkan perubahan konfigurasi bagi penaiktarafan sistem yang sedang dilaksanakan.

Oleh itu orang ramai disarankan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian yang lain iaitu portal gov.bn atau menghubungi Talian Darussalam 123 sehingga kerja-kerja penaiktarafan dan penambahbaikan aplikasi itu selesai dilaksanakan dalam waktu terdekat ini.

Di kesempatan itu, JPD memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku kepada semua pemohon yang ingin membaharui lesen kenderaan atau lesen memandu melalui aplikasi tersebut.