APM Sandakan, Kinabatangan tingkat pemantauan kawasan risiko banjir

SANDAKAN, 28 DIS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Sandakan dan Kinabatangan telah meningkatkan pemantauan dan kesiapsagaan khususnya di kawasan Gum Gum di sini dan sekitar Lamag dan Sukau, di Kinabatangan yang berisiko banjir susulan luruan monsun.

Pegawai APM Sandakan Kapten Abdullah Sabaruddin berkata pihaknya bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sejak tiga hari lepas.

Beliau berkata APM turut mendapat kerjasama pihak pengurusan Dewan Masyarakat Gum-Gum dan masjid di sekitar kawasan itu untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) jika diperlukan.

Sementara itu Pegawai APM Kinabatangan Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata PKOB Kinabatanga telah diaktifkan lebih awal iaitu pada 20 Dis memandangkan daerah itu mempunyai banyak kawasan tanah rendah. – Bernama

Orang ramai mengadakan aktiviti mandi laut walaupun cuaca agak mendung di pantai Pasir Putih pada 27 Disember. – Bernama