APMM perketat pengawasan sempadan Malaysia-Indonesia

KUCHING, 28 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak telah memperketatkan lagi pengawasan di perairan Tanjung Datu berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di barat daya negeri itu ekoran terdapat percubaan menceroboh masuk oleh pendatang tanpa izin di kawasan itu.

Pengarah APMM Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata benteng sempadan perairan kawasan itu akan diperkukuhkan lagi menerusi ‘Op Benteng’ yang melibatkan kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin.

“Operasi bersepadu yang dilaksanakan ini bukan sahaja bagi mengekang kemasukan warga asing secara haram ke Sarawak malah sebagai langkah pencegahan kepada jenayah rentas sempadan serta bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ke dalam negara,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama