APMM tahan nelayan Vietnam

KUCHING, 24 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM Malaysia) menahan dua bot nelayan asing di perairan Sarawak di 140 batu nautika utara Kuching, Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Sarawak, Komander Maritim Hamiludin Che Awang berkata dua bot nelayan Vietnam yang dinaiki dua tekong dan 19 awak-awak itu ditahan pada pukul 5.35 petang.

“kedua-dua buah bot nelayan itu didapati telah menangkap lima tan ikan pelbagai jenis secara haram dan membawa diesel sebanyak 10,000 liter.” – Bernama