Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    APMM tingkat langkah keselamatan untuk penumpang feri di Labuan

    LABUAN, 27 OKT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan meningkatkan langkah keselamatan dalam feri penumpang laluan pulau bebas cukai ini ke tanah besar Sabah.

    Pengarah Zon Maritim APMM Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata antara langkah itu ialah pemeriksaan ketat terhadap peralatan dan jaket keselamatan serta tayangan video mengenai kaedah keselamatan untuk penumpang feri.

    “Walaupun perjalanan dari Labuan ke jeti Jesselton, Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam dengan feri ekspres, kita tidak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan.

    “Penumpang mesti tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan di laut, justeru penumpang harus faham sepenuhnya teknik pemindahan ketika kecemasan dan tip keselamatan penumpang,” katanya. – Bernama

    Anggota bersenjata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan ketika beraksi dalam simulasi keselamatan pada Majlis Penyerahan Serta Tayangan Rasmi Video Keselamatan Penumpang di Terminal Feri Antarabangsa Labuan hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...