Apple bakal hasil 1 juta topeng muka

SAN FRANCISCO, 6 APRIL – Apple berkata ia tidak lama lagi akan menghasilkan satu juta topeng muka bagi kakitangan perubatan yang bertugas membendung pandemik koronavirus.

Syarikat teknologi itu sudah pun membekalkan 20 juta topeng muka pembedahan dari seluruh dunia untuk membantu menangani kekurangan global, kata ketua eksekutif Tim Cook dalam video yang disiarkan dalam Twitter kelmarin.

Namun syarikat itu juga mereka pelindung topeng muka lut sinar dan memulakan pengeluaran besar-besaran di kilangnya di Amerika Syarikat dan China, tambahnya.

“Kami merancang untuk menghantar lebih satu juta menjelang hujung minggu ini,” kata Cook.

Pengagihan awal akan menumpu ke atas AS namun syarikat itu berharap untuk ‘mempercepatkan pengagihan’ ke negara-negara lain, katanya.

Apple bersama beberapa firma-firma global yang telah mengubahsuai barisan pengeluaran mereka untuk memenuhi permintaan alat perlindungan, termasuk jenama mewah Itali, Prada. – AFP