Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Apple catat rekod keuntungan suku ketiga AS$82.96 bilion

    SAN FRANCISCO, 29 JULAI – Apple pada Khamis mengumumkan laporan kewangan tahunannya untuk suku ketiga berakhir pada 25 Jun dengan rekod keuntungan pada suku Jun, mencatat AS$82.96 bilion, naik dua mata peratusan tahun ke tahun.

    Syarikat itu mencatat keuntungan suku tahun bagi setiap saham yang dicairkan pada AS$1.20 berbanding AS$1.30 bagi tempoh sama tahun kewangan 2021.

    Pendapatan bersihnya untuk suku berkenaan susut kepada AS$19.44 bilion berbanding AS$21.74 bilion tahun lalu dan jualan iPhone terkumpul pula adalah AS$40.67 bilion, naik daripada AS$39.57 bilion.

    Jualan  aksesori, perkakasan rumah dan peranti lain, turun kepada AS$8.08 bilion berbanding AS$8.78 bilion setahun lalu. Pendapatan daripada sektor perkhidmatan pula meningkat kepada AS$19.60 bilion daripada AS$17.49 bilion.

    “Rekod yang dicatatkan pada suku ini membuktikan usaha dan inovatif berterusan Apple, membangunkan kemungkinan baharu serta meningkatkan tahap kehidupan pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook.

    Beliau berkata keputusan untuk suku Jun mempamerkan kemampuan syarikat untuk mengurus perniagaan dengan berkesan di sebalik persekitaran pengurusan yang mencabar.

    “Kita mencatat rekod baharu keuntungan pada Jun dan produk siap terpasang kami, mencatatkan rekod tertinggi di setiap segmen geografi dan kategori produk,” kata Ketua Pegawai Kewangan, Luca Maestri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...