Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple dalam dilema stok tunai cecah $256.8 bilion

    WASHINGTON, 3 Mei – Itu adalah tanda kejayaan Apple tetapi juga masalah penuh duri dan ranjau: simpanan stok tunainya telah mencecah $256.8 bilion yang mengejutkan, mencetuskan perdebatan tentang apa yang harus dilakukan dengan simpanan banyak itu.

    Laporan tempoh suku tahunan Apple semalam menunjukkan simpanan tunainya – majoriti besar yang dipegang di luar negara – melonjak kepada jumlah yang mengatasi penghasilan keseluruhan ekonomi Chile.

    Syarikat teknologi besar itu telah menolak idea membawa wang tunai itu ke tanah air, kerana halangan dalam kod cukai AS – ia membolehkan firma-firma multinasional menunda keuntungan sementara ia disimpan di luar negara, tetapi pemotongan cukai pendapatan sehingga 35 peratus apabila dihantar balik.

    Cadangan Presiden Donald Trump dan para ahli undangan boleh menurunkan kadar cukai bagi pemerolehan hantar balik, satu insentif bagi Apple dan yang lain untuk menggunakan wang itu di AS.

    Sementara sebarang syarikat akan gembira bila berada dalam kedudukan Apple, dengan penyimpanan wang yang banyak, ‘ada sesuatu yang tidak menyenangkan tentangnya,” kata Roger Kay, penganalisis Endpoint Technologies Associates. “Lazimnya, anda akan menjangkakan wang tunai untuk membiayai peluang pelaburan, tetapi jelas Apples tidak ada penggunaan bagi wang tunai sebanyak itu.”

    Gambar fail CEO Apple, Tim Cook semasa pelancaran produk di Cupertino, California. – AFP
    Gambar fail CEO Apple, Tim Cook semasa pelancaran produk di Cupertino, California. – AFP

    Apple telah menjadi syarikat paling berharga dan menguntungkan dalam era masa kini. Tetapi cabaran unik yang dihadapinya kerana perolehannya muncul kebanyakannya dari iPhone yang semakin berdepan dengan persaingan sengit dalam pasaran telefon pintar yang begitu banyak.

    Apple berdepan dengan tekanan berkala untuk mengembalikan lebih banyak wang tunai kepada para pemegang saham dengan dividen lebih tinggi dan lebih banyak pembelian semula saham, dan telah pun membelanjakan kira-kira $200 bilion.

    Patrick Moorhead dari Moor Insights & Strategy mengatakan mengembalikan semua wang tunai kepada pemegang saham ‘tidak membantu seterusnya kepentingan strategik sesiapa pun, dan Apple perlu mencari jalan untuk mempelbagaikan perniagaannya. Satu cara untuk melakukan ini ialah ‘mengikut paksi tegak’ atau mendapatkan pembuat cip seperti AMD untuk membekalkan semua peranti Apple, menurut Moorhead.

    Netflix, katanya, boleh melengkapi perniagaan Apple dengan menawarkan kandungan bagi ekosistem peranti Apple. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda