Apple diarah longgar kawalan App Store

SAN FRANCISCO, 12 SEPT – Seorang hakim Amerika Syarikat mengarahkan Apple supaya mengurangkan kawalan ke atas sistem bayaran App Store, sekali gus memberikan tamparan hebat kepada syarikat gergasi teknologi global yang dicetuskan oleh perbalahan dengan pengeluar Epic Games Fortnite.

Apple tidak lagi dibenarkan memaksa pengeluar untuk menggunakan alat jualan yang dikawal ketat itu, se-suatu yang lama dituntut oleh pengeluar aplikasi disebabkan komisen sebanyak 30 peratus yang dikenakan ke atas pembelian. Keputusan itu mungkin memberikan kesan besar terhadap ekonomi digital, namun Hakim Yvonne Gonzalez Rogers memutuskan Epic belum membuktikan dakwaan monopoli yang dikemukakannya.

Tindakan guaman, peraturan dan siasatan telah dikemukakan ke atas pengeluar iPhone, namun ia tidak menyatakan secara pasti mengenai rancangan untuk mencabar keputusan tersebut dan sebaliknya memuji peraturan pecah amanah dengan berkata, “Kami menganggapnya sebagai satu kemenangan besar untuk Apple.’

Bagi pihaknya, Epic menganggap keputusan sebagai satu kerugian untuk pencipta aplikasi yang bergantung pada App Store dalam industri permainan bernilai berbilion dolar, dan untuk pengguna.

“Kami akan meneruskan perjuangan,” kata CEO Epic, Tim Sweenet di Twitter, dan seorang jurucakap syarikat mengesahkan mereka akan memohon rayuan.

Keputusan tersebut bermakna Apple tidak dibenarkan melarang pengeluar daripada memasukkan dalam aplikasi mereka ‘pautan luar atau tindakan lain yang menggesa pelanggan supaya membeli mekanisme mereka.’

Mahkamah tersebut mendapati Apple mencabul peraturan California ke atas persaingan tidak adil.

Kedua-dua firma bertelagah mengenai sama ada Apple mempunyai hak untuk menetapkan peraturan asas, mengawal sistem bayaran dan mengeluarkan aplikasi dari pasaran yang gagal mematuhi peraturan. – AP

Gambar ilustrasi menunjukkan logo App Store Apple terpantul dari iPhone di belakang iMac di Los Angeles pada 26 Ogos. Hakim AS mengarahkan Apple supaya melonggarkan kawalan App Store, melarangnya memaksa pengeluar menggunakan sistem bayarannya. – AFP