Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple didenda 1.1 bilion euro

    PARIS, 16 MAC – Pihak berkuasa persaingan Perancis mengenakan denda berjumlah 1.1 bilion euro ke atas syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Apple atas tingkah laku antipersaingan terhadap pengedar runcit bebasnya.

    Pihak berkuasa berkata ia mendapati Apple bertindak untuk menghalang peruncit bebas di Perancis daripada bersaing mengenai harga dan menyalahguna kuasa ekonominya ke atas mereka.

    Ketua pihak berkuasa, Isabelle de Silva, berkata ia ‘merupakan denda paling berat ke atas sebuah firma’ serta dalam mana-mana kes, yang juga termasuk dua pemborong Apple di Perancis yang dikenakan denda bernilai hampir 140 juta euro.

    Kes bermula pada 2012 apabila salah satu penjual semula premium bebas Apple mengadu mengenai amalan tidak kompetitif yang termasuk menyingkir bekalan sebagai memilih kedainya sendiri.

    Pihak berkuasa mendapati tiga bidang di mana berlakunya tingkah laku antipersaingan.

    Pertama, Apple dan pemborong bersetuju tidak akan bersaing sesama sendiri.

    Kedua, peruncit bebas ‘tidak dapat mengadakan promosi atau mengurangkan harga tanpa menghadapi risiko, yang mendorong kepada keseimbangan harga runcit,” kata de Silva.

    “Akhirnya, Apple mengeksploitasi kebebasan ekonomi penjual Premium berkenaan dan mengenakan syarat-syarat ekonomi yang tidak adil ke atas mereka yang jauh lebih teruk daripada rangkaian peruncit,” tambah beliau. – AFP

    Kedai Apple di Fifth Avenue ditutup pada 15 Mac 2020 di Bandar New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda