Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple failkan tindakan guaman pecah amanah

    SAN FRANCISCO, 26 Jan – Apple semalam membawa perang guamannya dengan Qualcomm ke China, memfail tindakan guaman di sana yang menuduh syarikat pengeluaran cipnya sebagai menggunakan kuasa monopoli.

    Apple mengesahkan tindakan guaman itu dan merujuk kepada AFP mengenai komen yang dikeluarkannya apabila ia memfail tindakan guaman pecah amanah ke atas Qualcomm di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

    “Untuk bertahun-tahun lamanya, Qualcomm telah menegaskan untuk mengenakan royalti untuk teknologi yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka,” kata Apple yang berpangkalan di California dalam kenyataan.

    “Qualcomm membina perniagaannya berdasarkan standard lebih lama tetapi memperkukuh penguasaannya menerusi taktik pengecualian dan royalti berlebihan.”

    Qualcomm, juga berpangkalan di California, memberitahu AFP ia masih belum melihat aduan guaman namun satu kenyataan akhbar daripada mahkamah Beijing berkata salah satu fail menuduh syarikat mencabul undang-undang anti-monopoli China. Satu lagi meminta keputusan mengenai syarat-syarat perjanjian lesen paten, kata syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda