Apple, Google keluarkan permainan ‘fortnite’

SAN FRANCISCO, 14 OGOS – Apple dan Google semalam mengeluarkan permainan video Fortnite daripada kedai aplikasi peranti mereka selepas pengeluar Epic Games mengeluarkan satu pengemaskinian yang mengelak perkongsian pendapatan bersama syarikat teknologi itu.

Versi terbaharu Fortnite mengandungi sistem bayaran yang membenarkan pemain memintas transaksi App Store dan Google’s Play, menghalang firma daripada mendapatkan potongan 30 peratus mereka.

Apple, yang tidak membenarkan pengguna peranti popularnya memuat turun aplikasi dari tempat lain kecuali App Store mereka, melancarkan permainan dari tempat pasaran dalam talian, disusuli oleh Google semalam.

Epic dengan serta-merta memfailkan tindakan guaman ke atas Apple, menuduh pengeluar iPhone menggunakan kuasa monopoli.

Pembuat permainan itu menggesa hakim persekutuan mengarahkan Apple menghentikan ‘tingkah laku antipersaingannya’ dan membatalkan peraturan syarikat teknologi itu yang mewajibkan pemaju membayar syarikat 30 peratus daripada transaksi yang dijalankan.

Apple berkata Fortnite dikeluarkan selepas ‘Epic Games mengambil tindakan mencabul garis panduan App Store yang dikenakan kepada semua pemaju dan bertujuan menjamin keselamatan App Store untuk pengguna kami.’ – AFP

Gambar fail menunjukkan aplikasi App Store di Baltimore. Apple telah mengeluarkan permainan ‘Fortnite’ dari App Store selepas pemaju permainan memperkenalkan bayaran yang memintas platform Apple. – AP