Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple hasil iPhone guna nadir bumi kitar semula

    SAN FRANCISCO, 14 OKT – Apple akan menghasilkan iPhone terbaharunya menggunakan nadir bumi kitar semula sebagai sebahagian daripada inisiatif penjagaan alam sekitar selain mempunyai implikasi geopolitik.

    Ia adalah sebahagian daripada tindakan kemapanan Apple dalam inisiatif sebelum ini termasuk janji menjadi 100 peratus pengguna karbon neutral dalam semua aspek perniagaannya.

    Ketua Dasar Alam Sekitar Apple, Lisa Jackson ketika memperkenalkan iPhone 12 dalam talian buat kali pertama, mengatakan Apple menggunakan unsur 100 peratus
    bahan kitar di semua magnet termasuk kamera, haptik dan MagSafe (penyambung).

    Keputusan itu adalah atas kesedaran mengenai pembaziran berbilion telefon pintar apabila pengguna menaik taraf ke model baharu selain ketegangan politik terhadap bahan kitar semula yang diperlukan untuk elektronik.

    Dalam pada itu, aktivis turut menyatakan kebimbangan mengenai kesan alam sekitar hasil aktiviti perlombongan, yang mana beberapa bahan digunakan dikeluarkan dari negara menindas pekerja dan melanggar hak asasi manusia.

    Dalam ketegangan perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini, negara ‘Tembok Besar’ itu mengugut untuk menghentikan bekalan beberapa elemen penting hingga menimbulkan bimbang kekurangan bekalan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda