Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

Apple keluarkan aplikasi privasinya dari China

WASHINGTON, 30 Julai – China nampaknya telah berjaya menghilangkan program perisian yang membolehkan warganya untuk melayari internet tanpa tapisan.

Syarikat-syarikat yang membolehkan orang ramai mengelakkan tapisan kerajaan berkata kelmarin bahawa program mereka telah dikeluarkan dari kedai aplikasi Apple di China. ExpressVPN, salah satu daripada syarikat itu, menghantar laman web korporatnya mesej dari Apple menga-takan bahawa programnya adalah tidak dibenarkan di China.

Syarikat perisian berasaskan British Virgin Islands mengatakan bahawa semua aplikasi rangkaian maya-peribadi utama dikeluarkan dari kedai aplikasi Apple di China. ExpressVPN mendakwa Apple ‘membantu usaha penapisan China.’ Star VPN, syarikat lain, berkata ia juga menerima notis untuk menghentikannya. Apple berkata dalam satu kenyataan bahawa pemaju rangkaian maya-swasta China perlu mempunyai lesen kerajaan. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -