Apple menang kes bayaran cukai EU berjumlah AS$15 bilion

BRUSSELS, 15 JULAI – Mahkamah Eropah hari ini membatalkan perintah EU agar Apple membayar balik cukai tertangguh kepada Ireland sebanyak 13 bilion euro (AS$15 bilion), dalam kegagalan undang-undang terbesar bagi Brussels.

Perintah bersejarah suruhanjaya ke atas Apple itu disampaikan pada Ogos 2016 oleh Suruhanjaya Persaingan, Margrethe Vestager dalam keputusan mengejutkan yang meletakkan Eropah dalam peta sebagai kesengsaraan oleh Silicon Valley.

Pembuat iPhone dan Ireland telah membuat rayuan atas perintah tersebut, yang mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tim Cook membidas perintah tersebut ketika itu sebagai ‘politik merepek’.

Vestager telah diejek sebagai ‘wanita cukai’ Eropah oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disebabkan kes itu, serta beberapa siri denda persaingan yang dikenakannya ke atas Google.

Keputusan jelas daripada mahkamah agung EU itu kini berdepan rayuan lain di Mahkamah Keadilan Eropah, dengan keputusan yang dijangkakan sebelum 2021, tetapi Vestager pada awalnya mengatakan hanya Brussels sahaja yang sedang mengkaji keputusan tersebut. – AFP

Mahkamah Eropah membatalkan perintah EU yang meminta Apple untuk membayar balik cukai sebanyak 13 bilion euros. – AP