Apple perkenal permainan Online

SAN FRANCISCO, 19 SEPT – Kemasukan Apple ke dalam permainan online dengan pelan langganan kos rendah dijangka membawa gelombang pengguna baharu ke dalam permainan dan berpotensi membentuk semula pasaran bernilai berbilion dolar.

Apple Arcade yang dilancarkan hari ini memanfaatkan trend permainan video para pelanggan dan bukannya dibeli sebagai muat turun atau cakera dengan harga bulanannya AS$4.99 boleh memacu peningkatan pemain.

“Gerak hati saya adalah ia perkara yang baik untuk keseluruhan pasaran,” kata pengarah eksekutif permainan Kumpulan NPD, Mat Piscatella.

“Apple Arcade memancing dengan tajuk bermain secara percuma atau mungkin memperluaskan pasaran secara keseluruhan dan menarik ramai pemain baharu yang belum lagi melanggan kandungan di telefon bimbit mereka.”

Apple Arcade berbeza berbanding pesaing dengan menawarkan akses tanpa had dengan harga bulanan rata kepada lebih 100 permainan eksklusif yang tidak terganggu oleh iklan atau barangan maya.

“Permainan itu sendiri tiada mekanik pembelian sebaliknya terdapat permulaan, pertengahan dan tamat,” kata Pengarah Urusan penyelidikan ekuiti Wedbush Securities, Michael Pachter.

“Itulah beza permainan itu berbanding bermain secara percuma, jadi saya fikir memang ada penonton,” kata Michael Pachter lagi.

Menurut kebanyakan penganalisis, Arcade juga disesuaikan dengan model langganan yang pasti mendapat daya tarikan. Perkhidmatan langganan ditawarkan oleh konsol saingan Xbox dan PlayStation sementara Google bersedia untuk melancarkan khidmat permainan penstriman Stadia pada bulan November nanti.

“Model lama adalah muat turun berbayar tetapi mode itu mati apabila bermain secara percuma diperkenalkan,” kata Pachter. (Arcade) tidak banyak mengancam perniagaan permainan konvensional tetapi berkemungkinan akan mengubah ‘kesetiaan’ beberapa pemilik telefon mudah alih dalam beberapa waktu,” tambah Pachter. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 10 September 2019 menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook bercakap di pentas semasa melancarkan produk syarikat Apple Arcade di ibu pejabat Apple di Cupertino, California. – AFP