Apple perkukuhkan fungsi privasi
SAN JOSE, 5 Jun – Apple berkata semalam sistem operasi baharu yang digunakan dalam peranti dan komputernya termasuk ciri-ciri yang bertujuan menghalang penggunaan pengesan rahsia untuk mengawasi aktiviti internet pengguna. Pengumuman oleh Apple keluar di tengah tumpuan yang meningkat mengenai perlindungan privasi ekoran skandal data Facebook dan peraturan baharu yang sedang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah
































