SAN FRANCISCO, 20 Ogos – Ketika Apple dan Samsung bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar baru terbaik mereka, peneraju-peneraju pasaran ini sedang mencari faktor berkualiti yang boleh membantu mereka menangkis cabaran pengeluar-pengeluar dari China yang semakin bangkit.
Apple berdepan tekanan tertentu supaya ia mempesonakan ketika pengeluar iPhone dari California yang mengubah budaya ini mencari jalan untuk mengekalkan imejnya sebagai peneraju inovasi dalam pasaran sejagat yang menunjukkan tanda-tanda lembap.
“Yang jelas, Apple mahu melakukan sesuatu bagi ulang tahun ke 10 iPhone,” Stephen Baker, penganalisis Kumpulan NPD memberitahu AFP. Baker berkata, ini adalah cabaran bagi Apple kerana ‘ia akan masih menjadi sekeping kaca rata dan perkara lain yang kami bincangkan di telefon.
“Apple dijangka akan memperkenalkan pengulangan terbaru iPhone pada September manakala peneraju pasaran telefon pintar Samsung bakal memperkenalkan produknya, Galaxy Note 8 pada 23 Ogos ini. Kedua-dua peneraju pasaran ini berdepan saingan-saingan terutamanya dari China mencantas saham pasaran, mewujudkan tekanan untuk memperlihatkan inovasi, kata para penganalisis.
Beberapa laporan menyatakan iPhone baru akan termasuklah skrin berkualiti tinggi dengan takuk di atas bagi kamera tambahan yang menyokong pengecaman muka 3D.
Orang ramai ingin memperlihatkan simbol status, justeru itu perlu nampak berbeza dari Huawei atau Xiaomi dan saya berpendapat ia akan berbeza. – AFP