Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Apple saman Qualcomm AS$1 bilion

    SAN FRANCISCO, 22 Jan – Apple sedang menyaman pengeluar cip peranti Qualcomm dengan harga AS$1 bilion dalam satu pertarungan paten yang membabitkan pengeluar iPhone dengan salah satu pembekal utamanya.

    Aduan setebal 100 muka surat yang difailkan pada Jumaat di mahkamah persekutuan San Diego menggambarkan Qualcomm sebagai pemonopoli tamak yang menyalahguna kuasanya dalam segmen utama pasaran cip peranti untuk memeras ugut royalti untuk inovasi iPhone yang tidak ada kaitan dengan teknologi Qualcomm.

    Misalnya, Qualcomm menuntut royalti daripada sistem pengenalan cap jari Apple yang dibina dalam model terbaru iPhone dan juga untuk kapasiti simpanan yang lebih besar pada peranti berkenaan, menurut tindakan guaman.

    Apple memfailkan saman AS$1 bilion kepada syarikat pengeluar cip peranti Qualcomm. - AFP
    Apple memfailkan saman AS$1 bilion kepada syarikat pengeluar cip peranti Qualcomm. – AFP

    Qualcomm tidak memberi respons terhadap permintaan untuk memberi komen.

    Apple berkata ia telah bekerjasama dengan pengawas kerajaan yang telah menyiasat amalan perniagaan Qualcomm, mendorong Qualcomm bertindak balas dengan menangguh bayaran berjumlah AS$1 bilion. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda