Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Apriyani-Siti Fadia rangkul gelaran juara pertama

    KUALA LUMPUR, 3 JULAI – Gandingan baharu beregu wanita bagi pasukan badminton Indonesia antara Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti berhasil menjulang kejuaraan pertama mereka di Terbuka Malaysia 2022 di sini, kelmarin, meskipun baru sebulan membuat penampilan sulung.

    Ini merupakan kejohanan terbuka ketiga mereka selepas kali pertama digandingkan pada Indonesia Masters pada bulan lepas.

    Apriyani-Siti Fadia mengakhiri prestasi cemerlang mereka untuk dimahkotakan sebagai juara selepas menundukkan Zhang Shu Xian-Zheng Yu dari China menerusi set penentuan di Arena Axiata. 

    Gandingan nombor 133 dunia itu menang set pertama 21-18, namun gagal mengekalkan permulaan cemerlang mereka sekali gus membolehkan Shu Xian-Yu bangkit untuk menang 12-21.

    Ketika ketinggalan tiga mata 4-7 pada set penentuan, pasangan Indonesia tersebut berjaya merubah kedudukan bagi mendahului pada mata 13-12 seterusnya mengekalkan rentak permainan bagi meraih mata kemenangan 21-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...