Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Aqmal lawan sampai habis

    Bersaing dengan tiga nama besar industri muzik dan dua teman seangkatan, bakat baharu, Aqmal Ramdan, 26, tidak gentar dalam mengatur strategi pada program realiti, Terpaling Juara.

    Dibimbing oleh Naim Daniel, Aqmal yang berpengalaman sebagai pemuzik jalanan, berazam memanfaatkan peluang yang ada untuk bersaing hingga ke pentas akhir program realiti itu.

    Mengakui melalui pengalaman perit dikecam sejak mula terbabit dengan dunia muzik, Aqmal pernah disogok kata-kata negatif konon dirinya tidak mampu pergi jauh dalam industri seni.

    “Ini adalah pengalaman pertama saya terbabit dalam program realiti nyanyian. Ini tanggungjawab besar bagi saya berada dalam program ini.

    “Insya-Allah, saya akan cuba buat sehabis baik untuk program ini dan bagi ‘all out’ dalam setiap persembahan,” katanya yang mula mengumpan peminat sejak Terpaling Juara disiarkan pada 21 Ogos lalu.

    Aqmal menghargai setiap peluang yang diberikan untuk beraksi di pentas Terpaling Juara. – Agensi

    Aqmal bersyukur dirinya mula dikenali dan bertekad terus menonjolkan diri dalam setiap cabaran diberi.

    “Saya akan terus mencuba supaya penonton kenal dan tahu kebolehan saya sepanjang program ini,” katanya yang mendapat sokongan padu ibu dan abangnya untuk bersaing di pentas Terpaling Juara.

    Aqmal mula menunjukkan bakat dalam dunia nyanyian sejak berusia empat tahun apabila mendengar lagu Demi Masa nyanyian Raihan di kaca televisyen (TV).

    Akur dengan komen dan kritikan juri tetap iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latiff, Aqmal tidak kecewa dengan persembahan lalu.

    Aqmal adalah peserta yang bernaung di bawah bimbingan Naim, selain bintang senior, Ifa Raziah. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...