AR1801 karya seni klasik Arbutus

SINGAPURA, 10 Jan – Bagi meraikan tahun baharu, Arbutus menampilkan jam tangan automatik AR1801 yang menggabungkan reka bentuk rangka bagi mempamerkan mekanisme yang merangkumi ‘intertwining bridges’, gear dan roda.

Jam rangka AR1801 berukuran 44mm ini dihiasi barangan kemas bagi memberikan pandangan jelas bagaimana mekanisme jam tangan berfungsi sehingga setiap detik AR1801 berjaya menyampaikan ‘gerak hati dan jiwanya’.

Apa yang benar-benar menarik dari model ini ialah keupayaannya untuk menunjukkan waktu dalam gelap, di mana indeks dan jarum jam akan bersinar bagi membolehkan pemakainya mengetahui detik dan waktu ketika dalam kegelapan.

Kaliber jam tangan Arbutus yang luar biasa dan reka bentuk rangka yang unik pasti mengukuhkan lagi penampilannya dan karya seni klasik yang diubah menjadi jam tangan yang unggul merupakan fokus sebenar Arbutus.