Ara sentiasa rasa tak selamat?

Penyanyi Ara Johari (gambar bawah), 23, mengaku dia sangat berhati-hati pada se-tiap kegiatan hariannya dan mengelak berkumpul serta hadir ke tempat yang sesak.

Menurut penyanyi lagu Paku ini, dia perlu selalu berhati-hati kerana berasa semua tempat dikunjungi itu tidak selamat dan terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19.

“Sekarang, saya memang begitu berhati-hati di mana saja berada. Malah, saya akan pastikan tidak pergi ke tempat sesak dan keluar rumah terlalu lama.

“Kini, saya sudah biasakan diri keluar rumah bila perlu sahaja. Saya sangat paranoid kerana sentiasa berasa mana-mana tempat yang dikunjungi  tak selamat.

“Ia berikutan, kita tidak tahu situasi keselamatan di sesuatu tempat itu. Jadi, sekarang saya memang lebih selesa berhati-hati pada setiap masa,” katanya.

Mengulas tawaran kerja untuk persembahan diambil, Ara berkata dia akan pastikan pihak penganjur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan dirinya. – Agensi