Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Arab Saudi, AS tandatangan MoU

    RIYADH, 10 SEPT – Arab Saudi kelmarin mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Amerika Syarikat (AS) untuk mewujudkan koridor transit hijau antara benua, Xinhua memetik laporan Saudi Press Agency.

    MoU itu, yang ditandatangani pada Jumaat, menyediakan rangka kerja untuk membangunkan protokol bagi mewujudkan koridor transit hijau melalui Arab Saudi untuk menghubungkan Asia dan Eropah.

    Projek itu bertujuan untuk memudahkan transit elektrik boleh diperbaharui dan hidrogen bersih melalui kabel penghantaran dan saluran paip, serta pembinaan rangkaian kereta api, kata laporan itu.

    Ia juga akan membantu meningkatkan keselamatan tenaga, menggalakkan ekonomi digital, perdagangan dan pengangkutan barangan, tambah laporan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...