Arab Saudi batal hak lawatan ibu bapa

DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 8 APRIL – Raja Saudi menggantung keputusan dan perintah kehakiman muktamad mengenai hak lawatan anak oleh ibu bapa yang telah berpisah dalam usaha terbaharu untuk mengawal penularan koronavirus di kalangan ahli keluarga, menurut laporan media negeri hari ini.

Agensi Akhbar Saudi berkata ibu bapa dimaklumkan mengenai perubahan itu menerusi pesanan teks, langkah terbaharu diluluskan oleh negara itu untuk mengawal jumlah jangkitan yang meningkat tatkala perintah berkurung 24 jam dilaksanakan di dalam negara. – AP