Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Arab Saudi catat lebihan belanjawan AS$20 bilion

    RIYADH, 5 OGOS – Arab Saudi berkata semalam ia telah mencatat lebihan belanjawan luar biasa berjumlah lebih AS$20 bilion dalam suku kedua 2022, ketika pendapatan minyak meningkat 90 peratus berbanding setahun lalu.

    Meskipun antara pengeksport minyak mentah teratas dunia dan ekonomi Arab terbesar, Arab Saudi telah gagal mengimbangi kunci kira-kiranya sejak kemelesetan harga minyak pada 2014, memaksa negara Teluk itu meminjam untuk mengganti kekurangannya.

    Dalam suku kedua 2022, Arab Saudi mencatat perolehan lebih daripada perbelanjaan, berjumlah lebih 78 bilion riyal (AS$20.8 bilion), kata kementerian kewangan.

    Lebihan itu sebahagian besarnya disebabkan pendapatan minyak meningkat kepada lebih 250 bilion riyal, berbanding kira-kira 132 bilion semasa tempoh yang sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 89 peratus.

    Pada Disember, Arab Saudi meluluskan belanjawan 2022 yang meramalkan lebihan untuk kali pertama sejak harga minyak merosot pada 2014. Ahli ekonomi berkata negara itu memerlukan harga minyak mentah mencecah AS$80 satu tong untuk mengimbangi belanjawannya. Harga telah melebihi AS$100 dalam beberapa bulan ini, walaupun ia telah merosot sejak itu.

    Pada Rabu, kartel minyak OPEC+, dipimpin Arab Saudi dan Rusia, telah memutuskan untuk menambah pengeluaran pada September. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...