Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Arab Saudi cipta kejutan, Argentina tewas

    DOHA, 22 NOV – Jurulatih Arab Saudi, Herve Renard mengingatkan para pemainnya supaya tidak terlalu meraikan kemenangan luar biasa 2-1 ke atas Argentina dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia, kelmarin.

    Arab Saudi kembali bangkit selepas gawang mereka dibolosi hasil penalti awal Lionel Messi, dengan mempamerkan kejutan yang sangat menarik di Piala Dunia melalui jaringan penyamaan Saleh Al-Shehri dan gol kedua oleh Salem Al-Dawsari di Stadium Lusail, Doha.

    “Kami sangat bertuah pada malam ini, tetapi jangan lupa Argentina masih sebuah pasukan yang menakjubkan,” kata Renard.

    “Inilah bola sepak. Kadangkala perkara di luar jangkaan boleh berlaku,” kata jurulatih dari Perancis itu, yang sebelum ini mengemudi Zambia dan Ivory Coast memenangi Piala Afrika.

    “Kami perlukan keputusan ini. Ia akan terpahat di dalam buku sejarah kami, tetapi sebagai jurulatih, saya mahukan lebih lagi daripada para pemain. Jadi, marilah kita merendahkan diri.”

    Al-Shehri memberitahu pasukannya tidak pernah meragui kemampuan mereka untuk mengalahkan juara dunia dua kali itu.

    “Kami tidak kisah mengenai pasukan lain.

    “Jika awda percaya kepada diri sendiri, awda pasti boleh mencapai apa-apa yang diimpikan,” katanya. – AFP

    Pemain Arab Saudi, Saleh Al-Shehri meraikan kemenangan pasukannya dalam perlawanan Kumpulan C menentang Argentina di Stadium Lusail, Qatar pada Selasa. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...