Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi gagalkan serangan keganasan

    RIYADH, 8 Okt – Arab Saudi kelmarin mengumumkan ia telah berjaya menggagalkan serangan keganasan terhadap sebuah istana di Jeddah, agensi Saudi berkata.

    Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan bahawa seseorang telah dilihat keluar dari sebuah kereta Hyundai dan tiba-tiba mula menembak pengawal diraja yang berdiri di hadapan pintu barat Istana di Jeddah pada pukul 3:15 pagi masa tempatan (1215 GMT).

    Para pengawal mula bertindak dan berjaya membunuh seorang lelaki bersenjata selepas dia membunuh dua pengawal keselamatan dan mencederakan dua lagi lainnya.

    Jurucakap itu mengenal pasti penyerang tersebut sebagai lelaki warga Arab berusia 28 tahun yang membawa pistol mesin Kalashnikov dan tiga Molotov.

    Beliau berkata pihak berkuasa keselamatan telah menjalankan siasatan dan sebarang perkembangan akan diumumkan kemudian.

    Insiden tersebut berlaku dua hari selepas pengumuman pembunuhan sel pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan militan Islamic State (IS) di Riyadh.

    Arab Saudi telah terlibat dalam perang anti-keganasan berikutan satu siri serangan maut IS di seluruh negara pada tahun-tahun kebelakangan ini. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda