Arab Saudi gantung solat tarawih

ANKARA, 21 APRIL – Arab Saudi menggantung solat Tarawih di dua masjid suci di Mekah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman As-Sudais.

Tarawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu kenyataan di Twitter. Kenyataan itu juga menyebut itikaf juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan. Selain itu, umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. – Bernama