Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Arab Saudi, Iran rancang bertemu semasa Ramadan

    RIYADH, 27 MAC – Menteri luar Arab Saudi dan Iran telah berikrar untuk bertemu sebelum akhir bulan suci Ramadan untuk melaksanakan perjanjian perdamaian yang penting, kata kedua-dua negara itu hari ini.

    Putera Saudi, Faisal bin Farhan dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir Abdollahian, mengadakan panggilan telefon kedua mereka dalam masa kurang dari seminggu dan membincangkan beberapa isu biasa berdasarkan perjanjian mengejut yang dipelopori oleh China pada 10 Mac, lapor agensi akhbar rasmi Saudi, SPA.

    “Kedua-dua menteri juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dua hala antara mereka pada bulan ini”, yang berakhir pada minggu ketiga April, kata SPA.

    Kementerian Luar Iran berkata kedua-dua pihak akan membincangkan status terkini perjanjian antara kedua-dua negara dan berbincang mengenai pertemuan bersama dalam bulan suci Ramadan”.

    “Mereka juga membincangkan laluan membina hubungan kukuh antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan Iran.

    Kedua-dua kenyataan tidak menyatakan tarikh atau lokasi tepat pertemuan yang sangat dinanti-nantikan itu, yang mana pegawai Arab Saudi berkata sebagai langkah seterusnya dalam memulihkan hubungan tujuh tahun selepas ia terputus.

    Riyadh memutuskan hubungan selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Saudi pada 2016 berikutan hukuman mati Saudi terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

    Perjanjian itu dijangka menyaksikan Iran yang majoritinya Syiah dan Arab Saudi Muslim Sunni membuka semula kedutaan dan misi mereka dalam tempoh dua bulan dan melaksanakan perjanjian kerjasama keselamatan dan ekonomi yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan (kiri) dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...