Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Arab Saudi, Iraq bincang kestabilan serantau

    RIYADH, 26 JUN – Perdana menteri Iraq, Mustafa al-Kadhemi mengadakan pertemuan dengan pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, di kerajaan itu kelmarin sebagai sebahagian daripada usaha Baghdad untuk menjadi pengantara antara Riyadh dan juga Tehran.

    Selepas kunjungan di Arab Saudi, Mustafa al-Kadhemi seterusnya dijangka akan melawat Iran iaitu pesaing serantaunya yang Riyadh tidak pernah mempunyai sebarang hubungan diplomatik sejak 2016.

    Semasa pertemuan empat mata tersebut, Putera Mohammed dan Kadhemi telah menyentuh mengenai hal ‘hubungan dua hala dan peluang untuk kerjasama bersama’, lapor agensi rasmi Saudi Press.

    “Mereka bertukar pandangan mengenai beberapa isu yang akan menyumbang kepada sokongan dan mengukuhkan keselamatan dan kestabilan serantau,” tambah agensi itu.

    Iraq sepanjang tahun lalu telah menjadi tuan rumah bagi lima pusingan rundingan antara dua pesaing serantau itu, dengan sesi terakhir diadakan pada bulan Apri lalu. Kadhemi berkata, ketika itu beliau percaya bahawa ‘perdamaian sudah hampir’ antara Riyadh dan Tehran.

    Sumber kabinet Iraq turut berkata kelmarin bahawa perjalanan Kadhemi ke Arab Saudi dan Iran ‘datang dalam konteks rundingan yang diadakan oleh Riyadh dan Tehran baru-baru ini di Baghdad’.

    Sumber itu menambah bahawa rundingan tersebut ‘mewakili haluan bagi membaiki hubungan dan kembali ke arah yang betul untuk mengukuhkan hubungan dua hala’ antara Arab Saudi dan Iran, yang menyokong pihak saingan di zon-zon konflik di sekitar rantau berkenaan. – AFP

    Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, (kanan), bertemu dengan Perdana Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi, di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, Arab Saudi, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...