Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi, Kanada enggan mengalah

    RIYADH, 7 Ogos – Arab Saudi dan Kanada semalam tidak menunjukkan tanda-tanda mengalah dalam perbalahan berhubung hak asasi manusia, selepas Riyadh memutuskan hubungan berhubung permintaan Ottawa untuk membebaskan aktivis yang dipenjarakan di negara itu.

    Kerajaan Saudi menyingkir duta Kanada, memberinya masa 24 jam untuk meninggalkan negara itu dan memanggil pulang dutanya sendiri ke Ottawa, sementara membekukan kesemua perdagangan baharu berhubung apa yang dikecamnya sebagai ‘campur tangan’ dalam hal ehwal dalam negaranya.

    Ottawa tidak memberikan sebarang alasan berhubung penyingkiran duta, Denis Horak, dengan Menteri Luar Chrystia Freeland berkata Kanada akan terus mempertahankan hak asasi manusia di seluruh dunia.

    Tindakan itu, yang menekankan dasar luar negara secara agresif yang dipimpin oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, diadakan selepas Kanada mengecam tindakan keras baharu ke atas wanita dan pekempen hak asasi manusia di negara itu.

    “Kerajaan telah mengumumkan bahawa ia sedang memanggil pulang dutanya ke Kanada untuk mengadakan rundingan. Kami menganggap duta Kanada ke negara persona non grata dan mengarahnya supaya meninggalkan negara dalam tempoh 24 jam akan datang,” umum kementerian luar Arab di Twitter awal semalam.

    Seorang lelaki berada di luar Kedutaan Kanada di ibu negara Riyadh, kelmarin, sehari selepas Arab Saudi berkata ia telah mengusir Duta Besar Kanada. – AFP

    Kementerian juga mengumumkan ‘pembekuan kesemua urus niaga perniagaan dan pelaburan baharu dengan Kanada sementara mengekalkan haknya untuk mengambil tindakan lanjut.”

    Lewat semalam, perbalahan nampaknya semakin meruncing apabila Riyadh berkata ia akan menempatkan beribu-ribu pelajar Saudi yang belajar di Kanada ke negara lain dan syarikat penerbangan Saudi mengumumkan ia akan menggantung penerbangan ke dan dari Toronto.

    Satu akaun Twitter pro kerajaan Saudi mencetuskan kemarahan apabila ia menyiar dan seterusnya membuang satu gambar 9/11 yang telah diubah secara digital yang menunjukkan sebuah pesawat terbang ke ruang udara Toronto.

    Akaun tersebut meminta maaf selepas itu dan gambar berkenaan disiar semula dengan gambar pesawat dikeluarkan, tetapi gambar tweet asal tersebar dengan cepat. Kementerian media Arab Saudi berkata ia sedang menyiasat kejadian itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda