Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Arab Saudi khaskan 4 lapangan terbang untuk haji

KUALA LUMPUR, 1 JUN – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji untuk musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan.

GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah haji sahaja.

Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenarkan memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijah 1443H (10 Julai 2022).

Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersil dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijah 1443H. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -