Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi kumpul AS$1.87 bilion dalam terbitan bon Islam

    RIYADH, 20 Sept – Arab Saudi telah mengumpul AS$1.87 bilion dalam terbitan bon Islam baru tatkala negara itu berusaha membiayai satu defisit belanjawan berpunca daripada harga minyak yang rendah.

    Permintaan adalah kukuh untuk jualan ketiga bon Islam, dikenali sebagai sukuk, pada tahun ini dengan tempahan melebihi 24 bilion riyals, kata kementerian kewangan dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita SPA.

    Dua terbitan pertama dilakukan pada April dan Julai dan bernilai AS$13.5 bilion. Negara itu juga telah mengeluarkan bon domestik dan global.

    Ekonomi terbesar Arab itu sedang mengalami kemerosotan mendadak dalam pendapatan minyak sejak harga minyak mentah merosot pada pertengahan tahun 2014, sekali gus memaksa Riyadh mengurangkan subsidi dan menangguhkan projek.

    Negara itu telah meramalkan defisit belanjawan berjumlah AS$53 bilion pada tahun fiskal ini, merosot sedikit berbanding kekurangan pada tahun lalu. Riyadh juga telah mengeluarkan lebih daripada AS$230 bilion daripada simpanan fiskalnya sejak akhir 2014 untuk membiayai defisit belanjawan. Simpanannya kini mencecah lebih AS$490 bilion.

    Pertumbuhan ekonomi di Arab Saudi dijangka mencecah 0.1 peratus pada tahun ini, menurut Tabung Mata Wang Antarabangsa.

    Ia adalah pertumbuhan paling teruk negara sejak 2009, apabila ekonominya mengecut sebanyak 2.0 peratus apabila pendapatan minyak meleset ekoran krisis kewangan global. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda