Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Arab Saudi, Oman jalin kerjasama

-

RIYADH, 7 DIS – Arab Saudi telah memeterai perjanjian bersama Oman bernilai AS$30 bilion, menurut media tempatan hari ini, ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman memulakan kunjungan ke negara-negara Teluk, termasuk bekas musuh mereka, Qatar.

Syarikat-syarikat Arab Saudi dan Oman ‘menandatangani 13 memorandum persefahaman (MoU) bernilai AS$30 bilion,’ menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

MoU antara kedua-dua buah negara, yang ingin mempelbagaikan ekonomi mereka di luar minyak mentah, menjalinkan kerjasama dari pada sektor tenaga dan pelancongan kepada teknologi dan kewangan.

Putera Mahkota Mohamad tiba di Muscar kelmarin, persinggahan pertama bagi jelajah rantau menjelang sidang kemuncak Teluk Arab pada pertengahan Disember. Beliau akan bertemu Sultan Haitham bin Tareq, yang menaiki takhta pada Januari tahun lalu, setelah kemangkatan sepupunya, Sultan Qaboos.

Menurut SPA, Putera Mahkota Mohammed juga akan mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Qatar.

Sultan Haitham menyambut ketibaan Putera Mahkota Mohammed ke Oman. Arab Saudi dan Oman memeterai perjanjian bernilai AS$30 bilion. – AFP

Lawatan ke Doha akan menandakan yang pertama kali sejak Arab Saudi dan Qatar memutuskan hubungan empat tahun lalu. Arab Saudi, UAE dan Bahrain memutuskan semua hubungan bersama Qatar pada Jun 2017, mendakwa ia menyokong kumpulan radikal dan terlalu rapat dengan seteru Riyadh iaitu Tehran – dakwaan yang dinafikan oleh Doha.

Mereka memulihkan semula hubungan bersama Qatar pada Januari selepas sidang kemuncak bersejarah.

Lawatan putera mahkota di tengah-tengah siri diplomatik untuk menyelesaikan pertelingkahan serantau, terutama dengan Iran dan Turki.

Terdapat tanda-tanda pemulihan hubungan di antara Arab Saudi dan Iran dalam beberapa minggu kebelakangan, dengan Tehran dan Riyadh mengadakan beberapa rundingan sejak April bagi memperbaiki hubungan.

Sementara itu, Turki ingin menjalin semula hubungan dengan bekas seteru di Teluk, termasuk UAE dan Arab Saudi. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -