Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Arab Saudi perkenal aplikasi pintar baharu

    KUALA LUMPUR, 14 JUN – Arab Saudi kelmarin memperkenalkan tiga aplikasi pintar termasuk dua yang baharu sempena musim haji 1443 H bagi melancarkan lagi urusan para jemaah semasa berada di tanah suci.

    Jurucakap rasmi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU), Hesham A. Saeed dalam temu bual bersama stesen televisyen Arab Saudi baru-baru ini berkata, dua aplikasi baharu itu ialah al-Munazzimin, khusus untuk agensi yang menguruskan jemaah haji, mengandungi maklumat penting seperti tarikh pergerakan jemaah di Mina dan Arafat, manakala aplikasi al-Amilin bagi memudahkan urusan petugas haji bagi membantu jemaah.

    Katanya, aplikasi al-Haj al-Zakiyy (aplikasi Pintar Haji) yang mula diperkenalkan pada musim haji lepas dan mengandungi semua maklumat asas berkaitan jemaah haji, kini sudah dikemas kini dan sedia untuk digunakan semua jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi.

    “Dengan hanya mengimbas kod bar pada aplikasi ini, petugas haji dapat membantu jemaah yang tersesat sebagai contoh, kerana semua maklumat jemaah berkenaan seperti status kesihatan dan nombor khemah sedia terpapar,” katanya.

    Sementara itu, akhbar al-Asharq Al-Awsat yang memetik kenyataan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfig AlRabiah berkata, kementeriannya sentiasa memastikan kesiap-siagaan berada pada tahap terbaik bagi menyambut kedatangan satu juta jemaah haji tahun ini demi menjamin kesihatan para jemaah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...