Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Arab Saudi peruntukan AS$5.3 bilion bantu rakyat

    RIYADH, 5 JULAI – Arab Saudi mengumumkan kelmarin bahawa mereka membayar berbilion dolar bagi membantu penduduk untuk mengurangkan impak inflasi di tengah-tengah kebimbangan peningkatan harga barangan.

    “Satu perintah telah dikeluarkan bagi meluluskan peruntukan bantuan kewangan dengan jumlah sekitar AS$5.3 bilion dalam usaha mengatasi masalah yang disebabkan oleh peningkatan harga di seluruh dunia,” menurut laporan yang dikeluarkan oleh pegawai dari agensi akhbar, di mana keputusan tersebut dibuat oleh Raja Salman.

    Menurut laporan SPA, lebih kurang separuh daripada jumlah tersebut akan diserahkan secara penghantaran tunai kepada benefisiari keselamatan sosial.

    Putera Mahkota Mohammed bin Salman kelmarin, menekankan keperluan untuk mengambil perhatian keperluan rakyat berdepan krisis antarabangsa yang mengakibatkan peningkatan harga bagi barang-barang asas, menurut laporan berasingan SPA.

    Putera Mohammed yang mempengerusikan mesyuarat ekonomi kerajaan, berkata bahawa pejabat-pejabat kerajaan mestilah bertindak dalam mengendalikan isu rantaian bekalan global dan peningkatan harga bagi melindungi kepentingan pengguna.

    Arab Saudi, adalah pembekal utama minyak dan gas dunia, tidak terjejas teruk oleh inflasi berbanding dengan negara-negara lain di wilayah tersebut.

    Indeks harga pengguna terkini bagi Arab Saudi menunjukkan peningkatan tahunan 2.2 peratus pada Mei, dengan harga bagi makanan dan minuman meningkat dalam 4.2 peratus.

    Manakala bahagian pengangkutan merekodkan empat peratus.

    Walau bagaimanapun, kerajaan itu telah memperketat kawalan ke atas media sosial yang dipenuhi dengan rungutan mengenai kenaikan harga dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...